Cari @ Amanz

Lenovo ThinkVision M14t Diperkenal Dengan Paparan Mudah Alih Versi Boleh Sentuh

Link Copied!

Sebelum ini, Lenovo telah memperkenalkan komputer riba dengan paparan mudah alih dikenali sebagai ThinkVision M14. Kini, mereka muncul pula dengan sebuah lagi komputer riba dengan paparan mudah alih terbaru tetapi dengan sokongan skrin sesentuh menerusi pengenalan Lenovo ThinkVision M14t.

Lenovo ThinkVision M14t mempunyai paparan 14 inci FHD dengan kecerahan skrin sehingga 300nit. Paparan ini dilengkapi dengan ciri putaran automatik yang membolehkannya digunakan dalam dua jenis mod, sama ada menegak atau mendatar. Selain, turut disertakan dengan sokongan kaki yang boleh disesuaikan dalam pelbagai sudut.

Ia juga turut menyokong fungsi stylus yang menjadikannya nampak lebih menarik, selain juga disertakan dua port USB-C untuk tujuan sambungan pada peranti. Lenovo ThinkVision M14t akan tersedia bermula September kelak dengan penawaran harga bermula $449 (~RM 2134).


Komen ()