Google Meet Untuk Android Kini Mencapai 100 Juta Muat Turun

Google Meet Untuk Android Kini Mencapai 100 Juta Muat Turun

Diterbitkan pada July 8, 2020 oleh .

Google Meet adalah perkhidmatan panggilan video terbaru dari Google yang hadir untuk platform iOS, Android dan web. Ia adalah satu penukaran jenama dari Hangout Meet dan kemudian adalah eksklusif untuk penggunaan pengguna G Suite terlebih dahulu. Hanya kemudian baru ia terbuka untuk orang ramai dan ia terus meraih populariti dengan pantas kerana ciri dan fungsi yang disertakan adalah menarik.

Terkini, aplikasi ini dilihat telah mencapai lebih 100 juta muat turun di Play Store. Menurut sumber, aplikasi ini menerima jumlah muat turun sekitar 1 juta muat turun setiap hari sejak dari bulan Mei lagi. Yang mana turut bersaing dengan aplikasi panggilan video Google lain seperti Google Duo. Turut dikatakan adalah, isu sekuriti dan privasi pada Zoom membuatkan orang ramai turut berhijrah kepada Google Meet.

Antara ciri menarik dalam Google Meet adalah kemampuan pembatalan hingar, menjanjikan kualiti baik tidak kira kualiti Internet, dan juga memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dari pesaing.

[/download] Muat Turun Google Meet Di Play Store [/download]



TIPS & ULASAN