Cari @ Amanz

Apa sahaja barangan untuk rumah yang Xiaomi tidak ada? Tandas ada, sofa ada, peti ais ada, mesin basuh ada – boleh katakan semua barang yang Xiaomi jual cukup lengkap untuk sebuah rumah pintar yang sempurna. Oh ya, Xiaomi juga ada set katil, laci, penghawa dingin dan tilam juga ada. Terkini, Xiaomi dilihat sedang mengumpul dana untuk tilam pintar.

Jenama 8H sedia terkenal sebagai rakan kerjasama Xiaomi dalam menghasilkan barangan seperti bantal dan tilam sebelum ini. Terkini mereka hadir dengan 8H Smart Mattress. Tilam ini mempunyai lima mod tidur berbeza yang menggunakan kecerdasan buatan agar sesuai ditetapkan mengikut pengguna yang berbeza. Ia turut mempunyai enam zon terbina dengan beg udara, boleh seru pembantu digital Xiao AI, dan mempunyai kemampuan untuk melaraskan tahap keempukan tilam ini,

Mod berbeza tadi adalah bergantung kepada posisi tidur pengguna. Jadi dengan mengesan posisi pengguna tidur ia boleh menentukan tahap keempukan tilam menggunakan sistem beg udara tadi. Setiap mod tidur ini dan fungsi dan ciri pada tilam ini adalah untuk keselesaan dan kesihatan pengguna. Harga jualan yang dipinta Xiaomi adalah RMB 6,799 (~RM4144). Tetapi dalam tempoh mengumpul dana ini, Xiaomi hanya meminta bayaran sebanyak RMB 4,599 – iaitu sekitar RM2803.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd