Cari @ Amanz

Apple telah memperkenalkan sistem operasi 14 ketika acara WWDC (Worldwide Developer Conference) 2020 yang berlangsung pada Jun lalu. Difahamkan, kemas kini untuk versi iOS 14 beta 2 telah mula dilepaskan, namun apa yang menarik perhatian terdapat satu fungsi tersembunyi yang menarik telah ditemui pada kemas kini kali ini.

Memetik portal 9toMac, pihaknya berjaya menemui satu fungsi yang membolehkan pengguna membuat pembayaran melalui Apple Pay dengan menggunakan imbasan kod QR atau kod bar. Namun begitu, fungsi ini masih belum boleh digunakan, sebaliknya ia hanya memperlihatkan caranya bagaimana untuk ciri ini berfungsi. Ciri ini turut dipercayai mempunyai perkaitan dengan aplikasi pihak ketiga.

Pun begitu, Apple tidak pula membentangkan mengenai kewujudan fungsi ini ketika acara WWDC sebelum ini. Jadi, kita masih belum pasti bilakah Apple akan melancarkan fungsi ini untuk pengguna secara terbuka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd