Cari @ Amanz

Vivo Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran fon telinga nirwayar mereka tersendiri, dinamakan Vivo TWS Neo Earphone. Fon telinga ini boleh didapati melalui para pengedar rasmi Vivo bermula 11 Julai 2020 ini pada harga RM359.

Vivo megatakan Vivo TWS Neo ini hadir dengan sokongan transmisi berkualiti-CD, dan menawarkan kualiti audio memuaskan melaluinya. Vivo TWS Neo Earphone ini turut hadir dengan kadar pendam rendah, sekitar 88ms.

Vivo TWS Neo Earphone

Vivo TWS Neo ini dikatakan menawarkan masa penggunaan sehingga 22.5 jam lamanya. Untuk menjayakan perkara ini, fon telinga ini dilengkapi dengan sokongan cip Qualcomm T1.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan fon telinga ini pada harga RM359 bermula 11 Julai 2020 ini melalui pengedar rasmi Vivo, atau melalui laman rasmi Vivo.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd