Agenda Yang Singkat Pada Google Calendar Kini Dipaparkan Dengan Visual Yang Lebih Jitu

Agenda Yang Singkat Pada Google Calendar Kini Dipaparkan Dengan Visual Yang Lebih Jitu

Diterbitkan pada July 8, 2020 oleh .

Google Calendar adalah aplikasi kalendar yang turut membenarkan pengguna membuat peringatan, sasaran dan menjadualkan agenda/acara. Ia adalah ringkas, terbina pada banyak peranti Android dan percuma digunakan. Antaramuka juga adalah mudah difahami dan penuh dengan visual warna-warni.

Tetapi ia ada satu masalah, jika ada agenda singkat yang dimasukkan dalam Google Calendar – visual yang dipaparkan sama sahaja dengan agenda yang berlangsung selama 30 minit. Dalam kemaskini terbaru, agenda di bawah 30 minit akan dipaparkan dengan visual yang lebih jitu dan tidak lama sama dengan agenda 30 minit. Secara tidak langsung lebih memudahkan pengguna untuk melihat yang ada agenda yang sesingkat bawah 30 minit.

Sayang sekali, buat masa ini kemaskini ini terhad kepada pengguna G Suite sahaja. Kemaskini diedarkan secara berperingkat dari 7 Julai sehingga 21 Julai dan tidak pasti lagi bila ia akan diedarkan kepada pengguna biasa.



Paling Popular