Cari @ Amanz

Qualcomm hari ini secara rasminya telah memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, iaitu Snapdragon 865 Plus. Secara tidak langsung, ia menjadi cip pemprosesan mercu paling berkuasa setakat ini daripada Qualcomm, menawarkan peningkatan CPU dan GPU 10% berbanding sbeelum ini.

Snapdragon 865 Plus ini hadir dengan sokongan kepantasan pemprosesan mencapai 3.1Ghz, selain dilengkapi sokongan GPU Adreno 650. Cip ini turut menyokong Qualcomm FasConnect 6900 yang menawarkan sokongan kelajuan WiFi sehingga 3.6Gbps. Cip ini juga dilengkapi dengan sokongan rangkaian 5G melalui modem X55 5G.

Dengan siri Plus, Qualcomm turut memfokuskan kepada keupayaan permua, melalui integrasi ciri Snapdragon Elite Gaming, menawarkan sokongan permainan sehingga 144fps.

Dua telefon pintar pertama yang bakal hadir dengan cip pemprosesan ini adalah daripada Asus, iaitu Asus ROG Phone 3, selain turut akan hadir daripada pihak Lenovo melalui telefon pintar terbaru mereka.

Peranti menggunakan cip Snapdragon 865 Plus ini bakal diperkenalkan pada suku ketiga tahun 2020 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd