Lenovo Legion Gaming Phone Bakal Dilancarkan Pada 22 Julai – Dijana Snapdragon 865 Plus, 16GB RAM?

Lenovo Legion Gaming Phone Bakal Dilancarkan Pada 22 Julai – Dijana Snapdragon 865 Plus, 16GB RAM?

Diterbitkan pada July 9, 2020 oleh .

Qualcomm hari ini telah memperkenalkan Snapdragon 865 Plus secara rasminya, sekaligus menawarkan cip pemprosesan dengan kepantasan prosesan melangkaui angka 3Ghz pada peranti mudah-alih. Bersama-sama dengan pengumumannya, Qualcomm telah mengatakan Asus dan Lenovo akan menawarkan peranti masing-masing dijana cip pemprosesan berkenaan.

Selari dengannya, kini pihak Lenovo telah mengumumkan yang mana Lenovo Legion Gaming Phone akan dijana cip pemprosesan ini, dan akan dilancarkan pada 22 Julai 2020 kelak.

Menariknya, tarikh yang dipilih adalah tarikh sama untuk pengenalan telefon permua Asus, iaitu ROG Phone 3. Dengan pelancaran tarikh sama, semestinya kedua-dua telefon ini akan dibandingkan oleh semua pihak – dan melihat apakah kejutan penawaran masing-masing.

Mengikut info tertiris sebelum ini, Lenovo Legion Gaming Phone dikatakan mungkin menawarkan skrin pada kadar segar semula mencapai 144Hz, menawarkan memori sehingga 16GB RAM, dan sejumlah ciri-ciri yang dioptimasikan untuk permua.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 22 Julai ini untuk melihat apakah kejutan yang disediakan pihak Lenovo melalui telefon pintar pertama dibawah keluarga Legion ini.

Legion 22 Julai



TIPS & ULASAN