Google Mungkin Memperkenalkan Versi Stabil Android 11 Pada 8 September 2020 Kelak

Google Mungkin Memperkenalkan Versi Stabil Android 11 Pada 8 September 2020 Kelak

Diterbitkan pada July 9, 2020 oleh .

Sistem operasi Android yang kini dalam pembangunan adalah Android 11. Beberapa versi pembangunan telah pun ditawarkan bagi memudahkan pembangunan aplikasi, dan semestinya ramai yang menantikan bilakah ia akan dilancarkan secara rasminya dalam bentuk stabil.

Kebiasannya, Google akan menawarkan versi pembangunan untuk memudahkan pengoptmasian aplikasi, sebelum versi stabil untuk sesuatu versi Android dilancarkan. Sebaik sahaja versi Android stabil dilancarkan, pengeluar peranti akan bersedia dengan penawaran kemaskini sistem operasi untuk peranti masing-masing.

Terbaru, melalui vido Smart Home Summit yang diterbitkan pihak Google, mereka turut memperlihatkan yang mana Android 11 akan dilancarkan pada 8 September 2020 kelak.

Ramai sebelum ini sedia menyasarkan pengenalan Android 11 pada awal bulan September, dan kini pihak Google dilihat mengesahkannya melalui video khusus.

Pada tarikh sama juga, para pengguna peranti Pixel dijangka akan menerima kemaskini ini, diikuti sejumlah pengeluar peranti lain.

Android 11 dijangka menawarkan sejumlah penambah-baikkan dari segi sekuriti, selain turut menawarkan beberapa perkara baru – termasuk dari segi kawalan privasi, kawalan untuk media, dan notifikasi yang diberikan kaedah interaksi baru.



TIPS & ULASAN