Microsoft Sudah Memulakan Pembangunan Untuk Surface Duo Generasi Kedua

Microsoft Sudah Memulakan Pembangunan Untuk Surface Duo Generasi Kedua

Diterbitkan pada July 9, 2020 oleh .

Microsoft Surface Duo dilaporkan akan dilancarkan pada bulan ini dan ia akan menyertakan spesifikasi yang mengecewakan. Ia merupakan telefon pintar Android pertama dari Microsoft selepas mereka berhenti dalam arena telefon pintar pada tahun 2016. Ia juga adalah sebuah peranti boleh lipat dengan dua skrin berbeza.

Surface Duo

Terkini, Microsoft dilaporkan sudah memulakan pembangunan untuk Microsoft Surface Duo 2 – walaupun yang pertama belum lagi dilancarkan. Bukan itu sahaja, Microsoft turut telah mengambil alih sebahagian dari syarikat Movial sebagai pasukan pembangunan perisian mereka. Ia dilihat mengambil langkah seakan Google yang mengambil alih sebahagian dari HTC beberapa tahun lepas.

Surface Duo

Movial juga dikatakan adalah pasukan yang terlibat dengan pembangunan untuk Microsoft Surface Duo 2. Adakah Microsoft sudah yakin dengan kejayaan Surface Duo, sehinggakan bersemangat mengambil alih syarikat lain dan mula membangunkan produk kedua? Sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN