Cari @ Amanz

TCL mempunyai anak syarikat yang dinamakan sebagai CSOT atau Huaxing Optoelectronics. Mereka baru-baru ini dilihat aktid dalam menghasilkan teknologi skrin, seperti sebelum ini adalah panel LCD dengan sensor cap jari di keseluruhan skrin.

Terkini, mereka hadir dengan panel skrin baru pula – iaitu panel yang boleh mengubah kadar segar semula dari 30Hz ke 60Hz dan terus lompat ke 120Hz. Agak pelik tiada sokongan 90Hz, tetapi kadar sentuhan yang disokong adalah 240Hz. 30Hz adalah untuk membaca, atau banyak paparan imej statik. Manakala sasaran sokongan 120Hz adalah untuk permua dan video.

Sokongan 30Hz akan menjamin penjimatan penggunaan bateri sebanyak 18%. Panel ini turut menyokong resolusi 2340 x 1090 dan kecerahan mencapai 500 nits. Panel ini turut telah mula dalam proses pengeluaran dan akan tiba di pasaran dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd