Samsung Note20 Ultra Diperlihatkan Dalam Video Ringkas

Samsung Note20 Ultra Diperlihatkan Dalam Video Ringkas

Diterbitkan pada July 9, 2020 oleh .

Samsung telah mengesahkan bahawa acara tahunan mereka, Samsung Galaxy Unpacked 2020 akan diadakan pada 5 Ogos ini. Semakin hampir dengan tarikh pelancaran, kita dapat lihat semakin banyak maklumat tertitis yang mula didedahkan.

Terkini, Samsung Galaxy Note20 Ultra telah diperlihatkan dalam sebuah video ringkas. Ia memperlihatkan Samsung Galaxy Note20 Ultra membawakan sejumlah perubahan berbanding pendahulunya. Antara seperti lensa utama pada Samsung Galaxy Note20 Ultra kelihatan lebih besar. Benjol pada kamera juga nampak lebih tebal.

Selain itu, kedudukan S-Pen dan pembesar suara telah diubah. Sokongan S-Pen ditambahbaik dengan beberapa fungsi menarik seperti tetapan untuk perubahan warna dan kelajuan. Untuk perisian, peranti ini akan menggunakan perisian OneUI 2.5 berasaskan Android 10 terkini. Maklumat lain mengenai spesifikasi tidak pula dikongsi. Kita tunggu pelancaran rasmi kelak.



TIPS & ULASAN