Cari @ Amanz

Dengan setiap generasi baharu, standard port yang lebih pantas akan diperkenalkan juga bagi memgoptimasikan penggunaan sistem yang lebih pantas. Intel hari ini mengumumkan spesifikasi dan kemampuan Thunderbolt 4 yang akan diperkenalkan menerusi cip Tiger Lake mereka kelak.

Pertama sekali Thunderbolt 4 akan turut menyokong spesifikasi USB4 yang diumumkan sebelum ini dengan kadar pemindahan data sehingga 40GBps. Thunderbolt 4 boleh menyokong sambungan dua monitor 4K luaran atau satu monitor 8K. Peningkatan dari hanya satu monitor 4K pada Thunderbolt 3. Pada waktu yang sama bekalan kuasa sehingga 100W boleh dilakukan. Dengan hanya satu sambungan sahaja monitor, komputer riba dan aksesori boleh mendapatkan bekalan kuasa.

Kepada mereka yang mempunyai aksesori-aksesori Thunderbolt 3, mereka tidak perlu risau kerana Thunderbolt 4 masih menyokong format terdahulu. Menerusi Thunderbolt 4, Intel melihat dunia di mana kesemua sambungan pada komputer akan menggunakan port berbentuk USB-C sahaja. Jalan penyelesaian yang kemas berbanding pelbagai jenis kabel dan port yang kini digunakan pada komputer.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd