RedmiBook 16 Dan RedmiBook 14 II Dengan Cip Intel Dilancarkan

RedmiBook 16 Dan RedmiBook 14 II Dengan Cip Intel Dilancarkan

Diterbitkan pada July 9, 2020 oleh .

Semalam RedmiBook 16 dan RedmiBook 14 II telah dilancarkan dengan cip pemproses keluaran Intel dan juga GPU Nvidia MX350 keluaran NVDIA. Sebelum ini kedua-dua model hanya ditawarkan dengan cip keluaran AMD.

RedmiBook 16 hadir dengan skrin 16.1″ LCD dengan resolusi HD penuh, pilihan pemproses Intel Core i5-1035G1 atau i7-1065G7, memori sehingga 16GB DDR4 dan storan SSD sehingga 512GB. Bateri 46 Wh yang disertakan memberikan waktu penggunaan sehingga 12 jam.

Terdapat sokongan pengecasan pantas 65W menerusi port USB-C. Bercakap mengenai I/O pula terdapat 2x USB-C, 1x USB 3.1, 1x USB 2.0, 1x HDMI dan 1x bicu audio 3.5mm. Dari segi sambungan pula komputer Windows 10 ini menyokong WiFi 6.

RedmiBook 14 II pula mempunyai spesifikasi yang sama cuma skrin 14″ yang lebih kecil dan bateri hanya 40Wh. Di China RedmiBook 16 dijual pada harga bermula RMB4999 (~RM3047) manakala RedmiBook 14 II pula dijual pada harga bermula RMB4699 (~RM2685).



TIPS & ULASAN