Apple Akan Meneruskan Sokongan Thunderbolt Melalui Mac Berasaskan Cip Apple Silicon

Apple Akan Meneruskan Sokongan Thunderbolt Melalui Mac Berasaskan Cip Apple Silicon

Diterbitkan pada July 9, 2020 oleh .

Apple pada WWDC yang diadakan pada tahun ini telah mengumumkan pengenalan cip pemprosesan mereka tersendiri untuk komputer, dinamakan Apple Silicon.

Apple Silicon

Komputer pertama menggunakan cip ini dijangka hadir pada penghujung tahun ini. Menariknya, walaupun menggunakan cip tersendiri, Apple mengesahkan yang mana mereka akan terus menyokong piawaian Thunderbolt yang dibangunkan oleh Intel.

Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan Apple mengekalkan piawaian Thunderbolt pada komputer akan datang, sekaligus memastikan pengguna dapat menggunakan aksesori dan panel paparan sedia ada bersama komputer baru kelak.

Untuk makluman, Intel sebelum ini telah membangunkan piawaian Thunderbolt ini hasil kerjasama dengan pihak Apple. Maka, ia tidak mustahil untuk melihat Apple mengekalkan sokongan berkenaan.

Intel sendiri, hari ini telah memperkenalkan piawaian Thunderbolt 4 secara rasminya – menawarkan kelajuan pemindahan mencapai 40Gbps, sekaligus memudahkan pengguna menghubungkan kepada dua panel paparan 4K bersama satu komputer – sekiranya perkakasan mereka menyokongnya.



TIPS & ULASAN