Tanggal 9 Julai 1985, Malaysia memasuki era baru apabila menjadi sebuah lagi negara yang mampu mengeluarkan kereta buatan tempatan. Pagi ini tepat jam 10:35 pagi, Proton Saga Anniversary Edition telahpun dilancarkan.
Proton Saga Anniversary Edition ini ditawarkan dalam warna hitam Quarts Black dengan kemasan kuning pada kit tubuh dan hiasan dalaman. Ini ialah warna baharu yang tidak ditawarkan untuk siri Saga sebelum ini.
Ia menawarkan kesemua ciri premium yang ditawarkan pada Saga Premium AT sebelum ini. Antara yang ditawarkan ialah roda aloi, sistem infohibur skrin sesentuh 7″, sambungan kepada telefon pintar, ABS, TCS, beg udara hadapan, kamera mengundur, immobiliser dan penapis udara N95.
Enjin adalah sebesar 1.3 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan. Sebanyak 1100 unit Proton Saga Anniversary Edition akan dihasillan dengan setiap satunya dijual pada harga RM39,800.