Penerbangan Di China Menawarkan Sambungan Internet Melangkaui 100Mbps Dalam Penerbangan

Penerbangan Di China Menawarkan Sambungan Internet Melangkaui 100Mbps Dalam Penerbangan

Diterbitkan pada July 9, 2020 oleh .

Pada hari ini, pelbagai syarikat penerbangan telah mula menawarkan akses sambungan internet dalam penerbangan. Namun, kelajuannya adalah sangat perlahan – dan kosnya adalah tinggi.


Di China, mereka cuba mengatasi perkara ini. Penerbangan Qindao Airlines yang melakukan penerbangan dalam China antara Qingdao ke Chengdu kini menjadi pertama di China yang menawarkan akses internet kelajuan tinggi dalam penerbangan.

Ia dikatakan penumpang penerbangan berkenaan dapat menikmati kelajuan melangkaui 100 Mbps ketika dalam penerbangan. Ini boleh dikatakan salah satu penerbangan dengan akses internet yang pantas, berbanding kebanyakkan penerbangan hari ini yang menawarkan kepantasan sekitar kurang 20Mbps sahaja, dan tidak begitu stabil.

Penerbangan ini menggunakan sebuah satelit Ka-band. Namun, ia boleh dikatakan gelombang ini agak kurang stabil dan mudah terkesan dengan perubahan cuaca seperti hujan.

Selain di China, pelbagai negara lain yang kini bersaing dalam menawarkan akses internet melalui satelit – termasuk di Amerika Syarikat.



TIPS & ULASAN