Cari @ Amanz

Pesawat kipas sendeng Bell Boeing MV-22 Osprey ialah antara yang paling unik di dunia kerana mampu terbang menegak seperti helikopter dan terbang mendatar seperti pesawat biasa. Sejak diperkenalkan pada tahun 1989 dan beroperasi pada tahun 2007, hanya sebilangan kecil tentera dunia menggunakan Osprey

Di rantau Asia Tenggara, Indonesia kini menjadi negara pertama yang akan menggunakan Osprey. Pembelian lapan MV-22 Osprey Block C bernilai $2 bilion (~RM8.53 bilion) oleh Indonesia telah diluluskan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat. Ini termasuk lapan pesawat, program latihan dan alat ganti untuk meneruskan operasi. Setiap pesawat sebenarnya dijual pada harga sekitar $71 juta (~RM 319 juta) sebuah.

Indonesia membeli Osprey versi yang dibangunkan untuk kor Marin Amerika Syarikat yang boleh beroperasi dari dek kapal pengangkut dan lapangan udara yang belum siap sepenuhnya. Tidak seperti helikopter, Osprey mampu membawa lebih banyak anggota tentera, senjata dan turut bergerak lebih pantas. Ini menjadikannya sesuai untuk kegunaan di Indonesia yang terdiri daripada puluhan ribu pulau.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd