Cari @ Amanz

Google Image merupakan laman carian yang memudahkan orang ramai menemui pelbagai jenis gambar. Google kini menambah ciri baru padanya dengan memaparkan panel maklumat ringkas untuk setiap hasil carian imej yang dilakukan. Melaluinya, pengguna akan lebih memahami setiap hasil carian mereka.

Dalam masa sama, ia turut memaparkan beberapa laman web lain yang berkaitan dengan carian untuk memberi lebih pilihan kepada pengguna. Jadi, sekiranya anda rasa carian tidak relevan. Anda boleh memilih yang lain. Buat masa ini, ciri ini dikatakan masih lagi terhad namun, Google akan memperluaskannya ke lebih banyak gambar pada masa akan datang.

Ini ialah satu lagi ciri baharu pada Google Images yang sebelum ini memudahkan proses mengesahkan imej yang tular adalah asli dan tidak dimanipulasi terlebih dahulu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd