Tinder Memperkenalkan Face To Face – Temujanji Secara Telesidang

Tinder Memperkenalkan Face To Face – Temujanji Secara Telesidang

Diterbitkan pada July 9, 2020 oleh .

Pembatasan sosial masih lagi disarankan di seluruh dunia bagi mengelakkan penyebaran virus Covid-19. Walaupun di Malaysia situasi penyebaran wabak sudah semakin pulih, di negara barat mereka kini berhadapan dengan gelombang kedua yang sedahsyat gelombang pertama. Bagi pengguna Tinder, mereka masih boleh mencari pasaran di zaman Covid dengan melakukan temu janji secara telesidang.

Ciri Face To Face yang diperkenalkan semalam diuji di beberapa negeri di Amerika Syarikat, Brazil, Australia, Sepanyol, Itali, Perancis, Vietnam, Indonesia, Korea, Taiwan, Thailand, Peru dan Chile. Untuk melakukan temu janji secara telesidang, kedua-dua pengguna Tinder perlu bersetuju terlebih dahulu. Apabila panggilan video dilakukan. dua tingkap akan dipaparkan pada skrin menunjukkan wajah pemanggil dan penerima panggilan.

Selepas temu janji berakhir, pengguna perlu memberitahu sama ada mereka ingin melakukannya sekali lagi. Mereka juga boleh memfailkan laporan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku ketika panggilan video dilakukan.

Tanpa vaksin, risiko dijangkiti Covid-19 masih lagi tinggi terutamanya di kawasan yang popular untuk melakukan temu janji. Jadi janganlah terkejut jika dalam masa terdekat, melakukan temu janji secara telesidang juga anda menjadi norma baharu.



TIPS & ULASAN