Vivo IQOO Z1x Kini 5G Rasmi Dengan Skrin 120Hz, Snapdragon 765G Dan Bateri 5,000mAh

Vivo IQOO Z1x Kini 5G Rasmi Dengan Skrin 120Hz, Snapdragon 765G Dan Bateri 5,000mAh

Diterbitkan pada July 9, 2020 oleh .

Sekian lama mengacah mengenai kehadirannya, Vivo iQoo Z1x 5G akhirnya diperkenalkan secara rasmi dengan sejumlah spesifikasi terkini. Antaranya, skrin dengan kadar segar semula yang tinggi 120Hz, pemproses dengan sokongan 5G melalui penjanaan cip Snapdragon 765G dan bateri besar 5,000mAh.

Vivo iQOO Z1x 5G menggunakan paparan bersaiz 6.57-inci FHD+ IPS LCD dengan rekaan skrin berlubang untuk perletakan kamera hadapan 20-Megapixel. Tunjang utama peranti dijana oleh cip Snapdragon 765G yang membawa sokongan untuk dwi-mod 5G (SA / NSA), memori sehingga 8GB RAM (LPDDR4x) dan storan (UFS 2.1) sehingga 256GB.

Melengkapinya adalah sokongan teknologi penyejukan cecair yang didakwa setara dengan sebuah PC. Ciri-ciri permainan lain termasuklah iQOO gaming mode, Game Space 3.4, High Frame Rate Game Zone dan 4D Game Shock 2.0. Kamera utama terdiri daripada tiga lensa 48-Megapixel (f/1.79) + 2-Megapixel (f/2.4) + 2-Megapixel (f/2.4).

Bateri disertakan menyokong pengecasan pantas 33W, yang didakwa mampu mengecas penuh sekitar 1 jam. Peranti ini menyokong pengimbas cap jari pada sisi, selain turut disertakan port USB-C dan bicu audio sebagai port sambungan. Tersedia dalam warna Sea Azure, Sharp Cool Black dan Water White, peranti ini ditawarkan pada harga bermula RMB1,598 Yuan (~RM975) untuk versi asas.



TIPS & ULASAN