Tesla Dikatakan Semakin Hampir Merealisasikan Teknologi Pemanduan Swapandu Tahap 5

Tesla Dikatakan Semakin Hampir Merealisasikan Teknologi Pemanduan Swapandu Tahap 5

Diterbitkan pada July 9, 2020 oleh .

Tesla ialah syarikat kenderaan elektrik terkenal yang juga sedang membangunkan teknologi swapandu untuk kenderaan-kenderaan mereka.

Sebelum ini kami ada menulis tentang spesifikasi tahap swapandu, dimana tahap 5 adalah tahap yang tertinggi yang menggunakan kecerdasan buatan untuk memandu kenderaan tanpa input penumpang didalam apa jua keadaan sekalipun, tanpa mengira keadaan trafik, cuaca dan jalan raya.

Terkini, Elon Musk mengatakan bahawa Tesla semakin menghampiri pembangunan teknologi swapandu Tahap 5 melalui sebuah video yang ditunjuk sewaktu acara pembukaan World Artificial Intelligence Conference di Shanghai baru-baru ini.

Beliau pasti bahawa Tesla akan berjaya membangunkan asas teknologi swapandu Tahap 5 pada penghujung tahun ini, dimana ia akan kemudiannya diuji.

Tesla juga dilihat sedang membangunkan teknologi penyejukan baru untuk membolehkan komputer yang lebih berkuasa didalam kenderaan untuk tujuan pemanduan kendiri ini untuk mengelakkannya daripada menjadi terlalu panas.

Buat masa ini, kebanyakan syarikat yang sedang membangunkan teknologi swapandu masih lagi sedang menggunakan teknologi Tahap 3 yang masih lagi memerlukan input daripada seorang pemandu.



Paling Popular