Cari @ Amanz

Semalam, Cooler Master telah memperkenalkan siri paparan skrin gaming melengkung pada harga bermula RM1399. Hari ini, mereka telah mengumumkan kehadiran siri kerusi gaming pula melalui siri Cooler Master Caliber dan Ergo L.

Bermula dengan siri kerusi CM Caliber, ia terdiri daripada tiga model, iaitu CM Caliber X1, Caliber R1 dan Caliber R2. Kerusi Caliber R1 dan R2 hadir dengan rekaan ergonomik dengan tempat duduk yang diperbuat daripada bahan polyurethane yang bukan sahaja selesa, tetapi juga tahan lama.

Pengguna bukan sahaja boleh mengubah ketinggian kerusi, tetapi juga sudut baring belakang daripada 90 darjah ke 180 darjah. Ia juga dilengkapi dengan sokongan untuk bahagian tengkuk dan belakang supaya pengalaman duduk jangka masa panjang lebih selesa.

Untuk model CM Caliber X1 pula, ia hadir dengan saiz tempat duduk yang lebih besar untuk mereka yang inginkan tempat duduk yang luas.

Beralih kepada CM Ergo L, kerusi ini adalah kerusi pejabat/produktiviti premium keluaran Cooler Master. Rangka kerusi ini dibina menggunakan logam aluminum untuk binaan teguh dan sokongan tiada tandingan.

Kerusi Ergo L ini juga menggunakan kain berlubang untuk bahagian belakang kerusi ini yang menjanjikan pengaliran udara yang mengurangkan peluh dan mengelakkan bau kusam apabila diduduki untuk jangkamasa yang lama.

Kerusi ergonomik premium ini juga mampu menampung berat sehingga 200kg tanpa masalah.

Menurut Cooler Master Malaysia, siri kerusi CM Caliber R1, R2, X1 dan CM Ergo L ini sudah mula dijual di kedai-kedai komputer tempatan pada tanda harga berikut:

  • Cooler Master Caliber R1 – RM899
  • Cooler Master Caliber R2 – RM999
  • Cooler Master Caliber X1 – RM1299
  • Cooler Master Ergo L – RM2299
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd