Cari @ Amanz

Terdapat puluhan ribu reka huruf yang boleh digunakan oleh pereka pada perisian seperti Photoshop dan Illustrator, Antara cabaran seorang jurureka ialah mencari reka huruf yang menarik dan sesuai dengan rekaan. Kami selalu mendengar pereka berkata “saya inginkan reka huruf yang sama dengan jenama X”. Tetapi proses mencarinya adalah agak rumit dan oleh itu laman FontInLogo telah dibangunkan.

Menerusi FontInLogo, anda hanya perlu menaip logo jenama dan reka huruf yang digunakan boleh dicari sepantas kilat. Kemudian terdapat pautan untuk memuat turun reka huruf tersebut terus dari pemegang harta inteleknya. Bagi pereka yang mengalami kesukaran mengenali reka huruf, FontInLogo ialah laman yang boleh menjimatkan masa. Walaupun laman ini menarik kami menyedari senarai logo yang boleh dicari adalah masih terhad. Logo-logo dari barat lebih mudah dicari dari logo dari syarikat yang berpangkalan di Asia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd