LinkedIn Akan Memperkenalkan Fungsi Menyebut Nama Dengan Betul

LinkedIn Akan Memperkenalkan Fungsi Menyebut Nama Dengan Betul

Diterbitkan pada July 9, 2020 oleh .

LinkedIn ialah sebuah platform media sosial yang sering digunakan oleh golongan profesional untuk mengenali orang ramai didalam pelbagai syarikat dan industri di seluruh dunia.

Oleh kerana itu, terdapat pelbagai situasi dimana seseorang tidak tahu bagaimana untuk menyebut nama dengan betul, kerana tidak biasa dengan cara pertuturan sesebuah negara.

LinkedIn baru-baru ini mengumumkan sebuah ciri baru melalui aplikasi Android dan iOS dimana pengguna boleh menyebut nama mereka supaya orang lain boleh mengetahui bagaimana untuk menyebutnya dengan betul.

Cara untuk menggunakan ciri ini diperlihatkan oleh LinkedIn, dimana muat-naik suara terhad kepada 10 saat dan menggunakan aplikasi. Walaupun begitu, pilihan untuk mendengar nama boleh diperlihatkan melalui semua platform tanpa masalah.

LinkedIn berkata ciri ini akan tiba untuk semua pengguna di seluruh dunia secara berperingkat bulan ini, dan boleh digunakan oleh semua orang dalam masa terdekat.



TIPS & ULASAN