Samsung Mampu Membekalkan Kelengkapan Rangkaian 5G Untuk Kerajaan UK Jika Diperlukan

Samsung Mampu Membekalkan Kelengkapan Rangkaian 5G Untuk Kerajaan UK Jika Diperlukan

Diterbitkan pada July 9, 2020 oleh .

Baru-baru ini kami ada laporkan bahawa kerajaan UK sedang bersedia untuk menukar kelengkapan rangkaian 5G Huawei secara sepenuhnya kerana risau ianya tidak menepati piawaian selepas pelbagai sekatan yang dikenakan.

Terkini, Reuters melaporkan bahawa Samsung kini sedang dalam perbincangan bersama-sama dengan badan-badan telekomunikasi di Eropah untuk menggunakan teknologi rangkaian 5G di negara-negara tersebut.

Menurut Woojune Kim, Timbalan Presiden Eksekutif Samsung, mereka mampu membekalkan peralatan untuk rangkaian-rangkaian moden seperti 4G, 5G dan juga 6G.

Akan tetapi, cabaran utama untuk Samsung ialah untuk mereka yang juga meminta peralatan untuk rangkaian legasi seperti 2G dan 3G yang masih lagi digunakan secara meluas.

Difahamkan bahawa negara-negara di rantau Eropah, walaupun United Kingdom masih lagi menggunakan kelengkapan Huawei untuk rangkaian-rangkaian tersebut.



Paling Popular