Cari @ Amanz

Celcom hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk pelan pascabayar Xpax mereka, iaitu XP Lite. Ia yang dipasarkan sebagai pelan pascabayar mampu-milik, kini turut hadir dengan penawaran penstriman YouTube tanpa had.

Dua variasi pelan ditawarkan, iaitu XP Lite + M Pass pada harga RM38 sebulan, atau XP Lite + L Pass pada harga RM58 sebulan.

Xpax XP Lite

XP Lite + M Pass hadir dengan penawaran 8GB data, dan penawaran penstriman YouTube pada resolusi SD tanpa had, serta panggilan telefon tanpa had. Pelan ini ditawarkan pada harga RM38 sebulan.

Sekiranya anda ingin menikmati video YouTube tanpa had pada resolusi HD, anda mungkin boleh memilih pelan XP Lite + L Pass. Ia hadir bersama data 16GB, panggilan tanpa had, dan akses YouTube tanpa had pada resolusi definisi tinggi (HD). Pelan ini hadir pada harga RM58 sebulan.

Semua pengguna pelan XP Lite sedia ada bersama L dan M Pass akan menikmati akses YouTube tanpa had ini secara automatik melalui kitaran bil akan datang.

Bagi anda, apa kata anda berkenaan penawaran terbaru Celcom Xpax ini? Adakah ia berbaloi?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd