Honor Mungkin Memperkenalkan Komputer Riba Memfokuskan Permainan Video Seawal Ogos Ini

Honor Mungkin Memperkenalkan Komputer Riba Memfokuskan Permainan Video Seawal Ogos Ini

Diterbitkan pada July 9, 2020 oleh .

Honor sedia menawarkan beberapa komputer riba mereka untuk pasaran tempatan, dengan harga kompetitif. Menariknya, selain komputer riba dengan spesifikasi yang dioptimasikan untuk tugasan harian, Honor kini turut dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah komputer riba yang dioptimasikan khusus untuk permainan video.

Hal ini mungkin sedia disasarkan ramai, memandangkan pelbagai pengeluar komputer riba hari ini sedia mempunyai penawaran khusus untuk permainan video.

Honor dijangka memperkenalkan komputer riba untuk permainan video seawal Ogos 2020 ini. Ia dijangka akan dilengkapi dengan cip pemprosesan AMD bersama dengannya.

Selain Honor, pihak Huawei turut dijangka akan membuat pengumuman komputer riba memfokuskan permainan tidak lama selepas pelancaran pihak Honor.



TIPS & ULASAN