Carian
Kini Anda Boleh Menggunakan GoPro Sebagai Kamera Webcam Untuk Komputer
July 9, 2020 Aman

Sejak daripada Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari, populariti panggilan video untuk telesidang semakin meningkat. Selari dengannya juga, sejumlah pengeluar kamera telah memudahkan pengguna menggunakan kamera sebagai webcam komputer melalui pemasangan perisian khusus.

Kini, turut tidak ketinggalan adalah GoPro. Terbaru, GoPro telah mengeluarkan perisian khusus untuk pengguna MacOS, memmbolehkan mereka menggunakan GoPro Hero 8 Black sebagai kamera untuk webcam.

Dengan pemasangannya, pengguna boleh menggunakan kamera GoPro ketika membuat panggilan telesidang melalui Zoom, Microsoft Teams, Google Meet, Skype, dan sebagainya. Langkah ini sekaligus membolehkan anda membuat panggilan dengan hasil rakaman berkualiti tinggi, selain paparan pada sudut lebar.

GoPro mengatakan mereka turut akan hadir dengan perisian untuk sokongan komputer Windows tidak lama lagi.

Komen