Cari @ Amanz

Pada acara WWDC yang lepas, Apple telah pun mempertontonkan sistem operasi terbaru mereka untuk telefon pintar iPhone, iaitu iOS14 – selain untuk tablet, iaitu iPadOS. Selepas ditawarkan hanya untuk para pembangun, kini sistem operasi ini boleh diuji oleh para pengguna seluruh dunia melalui penawaran versi beta terbuka.

Berbeza dengan penawaran untuk pembangun yang memerlukan bayaran sebanyak $99, untuk versi beta terbuka ini, ia ditawarkan secara percuma untuk semua.

Versi terbaru iOS14 ini menyertakan sejumlah ciri baru, termasuk sokongan widget pada skrin utama, sokongan AppClips yang membolehkan anda menjalankan aplikasi tanpa memasang penuh sesuatu aplikasi, pembaharuan pada Safari, selain sejumlah pembaharuan baru yang lain.

Seperti biasa, anda dinasihatkan tidak memasang sistem operasi versi beta pada peranti utama anda – kerana ia masih belum stabil sepenuhnya. Anda boleh memuat-turun iOS14 dan iPadOS14 beta ini melalui laman Apple hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd