Sony Melabur Lebih RM1 Bilion Pada Pembangun “Fortnite”, Epic Games

Sony Melabur Lebih RM1 Bilion Pada Pembangun “Fortnite”, Epic Games

Diterbitkan pada July 10, 2020 oleh .

Sony kini telah melakukan pelaburan strategik pada syarikat Epic Games yang terkenal dengan permainan Fortnite mereka. Sony melabur sebanyak $250 juta (RM1.067 Bilion) yang mana memberikan mereka pegangan sebanyak 1.4% pada syarikat Epic Games.

Untuk makluman, Epic Games juga mempunyai kedai permainan digital mereka tersendiri, selain turut membangunkan enjin pembangunan Unreal Engine.

Dengan pelaburan ini, ia sekaligus membolehkan Sony bekerjasama dengan lebih rapat bersama pihak Epic Games, terutamanya dalam grafik, inovasi permainan dan sebagainya. Sony juga mengatakan mereka ingin melihat bukan sahaja pada permainan, tetapi juga pada lanskap hiburan digital secara keseluruhan.



TIPS & ULASAN