Cari @ Amanz

Adakah anda seorang pengkarya video (vloggers) ? Atau adakah anda adalah seorang yang gemar menghasilkan rakaman gambar dan juga video? Jika anda adalah seorang yang sering mementingkan prestasi kamera dalam kehidupan seharian dan mencari sebuah telefon pintar yang melengkapi antara satu sama lain, vivo ada jawapannya. Baru-baru ini, vivo telah melancarkan satu siri dibawah keluarga X yang diberi nama siri vivo X50. Terdapat tiga pilihan dibawah siri ini, iaitu X50, X50 Pro dan juga X50+. Tetapi pada artikel kali ini, kita akan fokus lebih kepada model vivo X50 Pro.

Model X50 Pro ini dilancarkan dengan spesifikasi yang memfokuskan kepada fotografi, yang mana ia menerima janaan cip Snpadragon 765G, hadir dengan rekaan skrin AMOLED 6.56 inci dengan kadar segar semula 90Hz, storan sehingga 256GB serta memori sehingga 8GB RAM. Manakala, sistem kameranya pula dilengkapi dengan kuad kamera utama gabungan 48MP+13MP+8MP+8MP dan 32MP untuk rakaman swafoto. Tetapi, tahukah anda apakah kelainan yang dibawa oleh peranti vivo kali ini?

Telefon pintar vivo X50 Pro kali ini menyertakan sokongan gimbal pada kamera utamanya. Dengan sokongan Gimbal Stabilization yang terdapat pada peranti ini, ia memudahkan lagi anda untuk mendapatkan hasil rakaman yang lebih stabil walaupun anda berada dalam posisi yang tidak seimbang. Fungsi Gimbal Stabilization ini sudahpun diulas pada artikel saya yang lalu. Oleh itu, pada artikel kali ini saya akan mengulas lanjut berkenaan fungsinya yang lain, iaitu kebolehan rakaman malam Extreme Night Vision dan juga sokongan zum sehingga 60x.

Melalui rakaman malam Extreme Night Vision, anda tidak perlu risaukan jumlah pencahayaan persekitaran anda jika ia terlalu gelap. Hal ini adalah kerana ia masih mampu untuk menghasilkan rakaman yang jelas dan tajam, walaupun kawasan sekeliling anda kurang pencahayaan. Malah, sekiranya anda merakam gambar malam dalam keadan bergerak sekalipun, anda masih boleh mendapatkan hasil rakaman yang tajam dengan kesan yang kurang hingar, hasil bantuan sistem Gimbal Stabilization yang terbina pada kamera utama vivo X50 Pro ini.

This slideshow requires JavaScript.

Hasil rakaman yang jelas walaupun dirakam dalam persekitaran yang gelap ini juga turut dibantu oleh sensor IMX598 dengan bukaan aperture yang besar. Oleh itu, rakaman yang diambil dapat menghasilkan kualiti rakaman malam yang memaparkan pewarnaan yang jitu, tajam dan lebih realistik. Ini membolehkan anda untuk mendapatkan pengalaman penggunaan kamera seumpama seorang jurugambar dan juruvideo profesional, namun dengan hanya menggunakan kamera telefon pintar vivo X50 Pro.

Ternyata, vivo X50 Pro ini dilengkapi dengan rekaan dan inovasi yang memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Dengan menggunakan telefon pintar ini dalam kehidupan seharian, ia memudahkan lagi pergerakkan anda. Hal ini kerana telefon pintar ini hadir dengan sokongan rakaman gambar dan video yang baik dengan bantuan teknologi Gimbal Stabilization. Bukan itu sahaja, teknologi yang dibina pada telefon pintar ini juga sesuai untuk pengguna yang inginkan telefon pintar, sokongan kamera seumpama profesional, aksesori gimbal untuk mendapatkan rakaman yang stabil, namun dalam masa yang sama ingin berjimat. Oleh itu, vivo X50 Pro ini adalah pilihan yang bijak.

Telefon pintar vivo X50 Pro ini sudahpun memasuki pasaran tempatan pada harga RM3,199. Jadi, bagi anda yang ingin memiliki telefon pintar ini, boleh dapatkannya melalui laman rasmi vivo atau pengedar-pengedar rasmi mereka.

Penafian: Advertorial daripada vivo Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd