Cari @ Amanz

Jepun ialah negara yang mempopularkan pengguna kereta api halaju tinggi yang lebih dikenali dengan nama panggilannya Shinkansen pada tahun 1964. Ia menggunakan sepenuhnya kuasa elektrik untuk beroperasi dan akibatnya jika berlaku gempa bumi perkhidmatan akan terganggu. Minggu lalu tren N700S telah dilancarkan dan menjadi kereta api elektrik pertama yang mempunyai pek bateri terbina.

Apabila berlaku gangguan elektrik, N700S akan secara automatik berubah kepada penggunaan kuasa bateri. Kereta api masih boleh meneruskan perjalanan pada kelajuan lebih rendah sehingga tiba ke kawasan trek yang masih mempunyai bekalan elektrik. Ini adalah kereta api baharu pertama diperkenalkan oleh Japan Railways Group dalam masa 13 tahun.

Selain bateri terbina, N700S juga mempunyai rintangan udara yang lebih rendah dan pengurangan bunyi lebih baik berbanding model terdahulu. Kesemua kerusi juga dilengkapi port pengecas untuk peranti pintar.

N700S pertama memulakan operasi di antara Tokyo dan Osaka. Laluan Tokaido ini dipilih kerana ini juga ialah laluan pertama Shinkansen pada tahun 1964 sempena Jepun menjadi tuan rumah sukan Olimpik pada tahun tersebut. Sepatutnya N700S juga dilancarkan sempena sukan Olimpik 2020 tetapi kerana pandemik Covid-19 ditangguhkan ke 2021.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd