Celcom Bersedia Memperkenalkan Rangkaian 5G – Hanya Menantikan Agihan Spektrum

Celcom Bersedia Memperkenalkan Rangkaian 5G – Hanya Menantikan Agihan Spektrum

Diterbitkan pada July 10, 2020 oleh .

Celcom kini mengatakan mereka telah bersedia untuk memperkenalkan rangkaian 5G kepada pengguna awam. Apa pun, seperti biasa, Celcom dan pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan sedang menantikan agihan spektrum rangkaian 5G oleh pihak SKMM sebelum dapat memperkenalkan rangkaian generasi baru ini kepada orang awam.

Celcom telah pun mula menaik-taraf rangkaian teras untuk dapat memenuhi permintaan teknologi baru. Ia dikatakan hanya akan mengambil masa beberapa bulan sahaja untuk Celcom memperkenalkan teknologi berkenaan kepada pengguna awam.

Buat masa ini, SKMM masih belum mengumumkan agihan spektrum secara rasminya. Pada bulan lepas, kita telah melihat KKM telah mengagihkan spektrum untuk syarikat tempatan, tetapi membatalkannya kembali tidak lama selepas itu.

Rangkaian 5G dijangka bukan sahaja menawarkan kelajuan rangkaian yang pantas, tetapi juga akan membolehkan penggunaan peranti berhubung dan pelbagai produk pintar dapat beroperasi dengan lancar – memandangkan ia menawarkan kadar pendam masa yang sangat rendah.



TIPS & ULASAN