Google Earth Menyambut Ulang Tahun Ke-15 Dengan Menunjukkan Impak Mereka Kepada Dunia

Google Earth Menyambut Ulang Tahun Ke-15 Dengan Menunjukkan Impak Mereka Kepada Dunia

Diterbitkan pada July 10, 2020 oleh .

Google Earth secara rasmi memulakan operasi pada 11 Julai 2001 sebagai Keyhole EarthViewer sebelum diambil alih oleh Google pada tahun 2004 Dalam masa 19 tahun perisian yang dahulunya diakses menggunakan komputer kini turut ditawarkan pada pelayar web dan aplikasi. Antara perkara menarik yang kami sendiri pernah lakukan ialah melawat kawasan perumahan laman menggunakan Street View dan merancang perjalanan ketika di Jepun.

Sempena ulang tahun Google Earth yang ke-15, Google berkongsi 15 cerita menarik penggunaan aplikasi ini dalam meninggalkan impak yang besar. Antara cerita yang paling menakjubkan ialah Saroo Brierley, Beliau menggunakan Google Earth selama tiga tahun untuk mencari ibu bapa kandung beliau selepas diambil menjadi anak angkat di Australia. Saroo menjejak rumah beliau di India dan akhirnya mampu menemui ibu kandung beliau pada tahun 2012.

Imej pemetaan terkini Google Earth digunakan untuk membantu mangsa yang terperangkap selepas taufan Katrina pada tahun 2005. Dengan imej terkini pihak berkuasa dapat melihat kawasan mana yang perlu diberikan perhatian terlebih dahulu.

Untuk lebih banyak cerita-cerita menarik penggunaan Google Earth untuk kebaikan, sila ke pautan di bawah.



TIPS & ULASAN