Awal bulan ini WhatsApp mengumumkan mod gelap untuk desktop akan diberikan kepada semua. Hari ini ialah hari yang amat dinantikan kerana akhirnya ia diaktifkan kepada semua pengguna. Untuk menggunakan mod gelap anda hanya perlu menyegar semula pelayar web dan kemudian pergi ke menu tetapan.
Ini dilakukan dengan menekan ikon tiga titik bersebelahan avatar pengguna. Dalam skrin tetapan sila pergi pula ke Theme. Sebuah tetingkap kecil akan muncul untuk anda memilih tema terang ataupun gelap. Sekali lagi untuk menikmati mod gelap pada desktop, anda perlu menggunakan WhatsApp versi 2.2027.10 di desktop.