Carian
Hanya 8% Pengguna Meneruskan Melanggan Quibi Selepas Tempoh Percubaan Percuma
July 10, 2020 Fahim Zahar

Beberapa hari lepas, tempoh percubaan percuma langganan Quibi tiga bulan telah tamat. Sebanyak 910,000 pengguna yang mendaftar pada hari pertama platform ini dilancarkan dan mempunyai jumlah melebihi 5.6 juta pengguna termasuk yang mendaftar sejak bulan Mei lepas. Terkini bagi yang ingin meneruskan langganan perlu membayar RM35.90 atau bagi yang baru ingin mencuba, Quibi menawarkan percuma dua minggu.

Terkini, laporan dari Sensor Tower menyatakan hanya 8% pengguna sahaja yang kekal setia dan meneruskan langganan. Iaitu sebanyak 72,000 pengguna sahaja dan yang lain terus batalkan langganan. Jelas sekali sebab utama adalah kandungan yang tidak banyak dan harga langganan yang agak mahal. Kemudian, konsep Quibi adalah video pendek sekitar 10 minit satu episod dan kalau filem ia dipecahkan kepada beberapa bahagian. Format video juga adalah menegak yang mana tidak ramai gemar menonton filem atau siri TV seperti ini walaupun itu adalah cara kita menggunakan peranti.

Komen