NVIDIA Memintas Intel Sebagai Syarikat Pembangun Cip Paling Bernilai Di Amerika Syarikat

NVIDIA Memintas Intel Sebagai Syarikat Pembangun Cip Paling Bernilai Di Amerika Syarikat

Diterbitkan pada July 10, 2020 oleh .

Intel kini nampaknya sedang menghadapi cabaran daripada pelbagai arah. AMD kini mempunyai cip pemprosesan yang berprestasi jauh lebih baik, dan kini NVIDIA baru sahaja dilihat memintas Intel sebagai syarikat cip paling bernilai di Amerika Syarikat.

Sepanjang tahun 2020 setakat ini, NVIDIA dilihat sebagai salah satu daripada sekumpulan syarikat teknologi cip yang memperlihatkan peningkatan harga saham yang cukup tinggi.

Terkini, setiap saham NVIDIA bernilai $40, dan ini melonjakkan modal pasaran syarikat tersebut ke $253 bilion, $5 bilion lebih tinggi daripada Intel yang kini adalah sebanyak $248 bilion.

Ia dikatakan bahawa NVIDIA memperlihatkan peningkatan nilai ini kerana banyak syarikat-syarikat perindustrian yang membeli mesin pelayan yang dikuasakan kad grafik NVIDIA A100 terbaru yang menjanjikan peningkatan prestasi berkali ganda berbanding dengan siri kad grafik NVIDIA Tesla sebelum ini.

Dalam pada itu, ramai pelanggan didalam sektor pengguna sedang menunggu kehadiran siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 yang dijangka akan hadir sekitar tahun ini juga. Ia dijangka akan meletup permintaannya khususnya dikala sektor gaming sedang memperlihatkan peningkatan dari jumlah pengguna.



Paling Popular