Carian
Canon EOS R5 Berharga Bermula RM17,999 Di Malaysia, EOS R6 Berharga RM11,999
July 10, 2020 Aman

Canon telah pun melancarkan dua kamera terbaru mereka dibawah siri EOS R. Menariknya, Canon Malaysia turut telah mengumumkan mereka akan membawa masuk kedua-dua variasi kamera berkenaan untuk pasaran Malaysia.

Canon EOS R5

Menjadi fokus ramai adalah Canon EOS R5 yang hadir dengan kemampuan rakaman video 8K. Kamera nircermin ini menyertakan sensor 45MP, sokongan rakaman video 8K, ruang warna 12-bit pada format RAW, dan sokongan rakaman gambar pada resoluis 45MP pada kadar 20 bingkai sesaat. Kamera ini turut dilengkapi dengan ciri Dual Pixel CMOS AF II.

Melengkapkan kamera ini juga adalah paparan OLED pada kadar segar semula 120FPS. Kamera ini turut dilengkapi dengan sokongan dwi-slot kad SD.

Canon EOS R5

Canon EOS R6 pula hadir dengan sensor CMOS 20.1-megapixel, dilengkapi cip pemprosesan Digic X, dan penawaran sokongan rakaman video 4K bersama dengannya.

Canon EOS R6

Kamera ini turut hadir dengan sokongan dwi-slot SD, dan dilengkapi sistem Dual Pixel CMOS AF II.

Canon EOS R5 ditawarkan pada harga RM17,999 untuk badan sahaja, sementara dengan kit RF24-105mm USM pula berharga RM23,018.

Canon EOS R6 pula ditawarkan pada harga RM11,999, sementara kit bersama RF24-105mm IS STM pada harga RM13,888 dan kit RF24-105mm USM pula berharga RM17,018.

Canon EOS R5 akan ditawarkan bermula bulan Ogos 2020 ini, sementara Canon EOS R6 pula akan ditawarkan bermula September 2020 kelak.

Canon EOS R5

Komen