Spesifikasi Penuh OnePlus Nord Tertiris – Snapdragon 765G, 6.44 Inci 90Hz, Warp Charge

Spesifikasi Penuh OnePlus Nord Tertiris – Snapdragon 765G, 6.44 Inci 90Hz, Warp Charge

Diterbitkan pada July 10, 2020 oleh .

OnePlus Nord bakal dilancarkan pada 21 Julai ini, ia merupakan peranti kelas pertengahan kedua dari OnePlus selepas OnePlus X. Walaupun mereka kata tiada lagi peranti kelas pertengahan selepas OnePlus X, nampaknya OnePlus sedar yang strategi pengeluaran peranti kelas pertengahan harus dilakukan juga. Peranti ini dilihat terhad kepada beberapa buah negara sahaja, termasuk Malaysia.

Terkini, spesifikasi penuh OnePlus Nord telah tertiris. Ia adalah seperti apa yang dijangka, iaitu 6.44-inci Fluid AMOLED 90Hz, dijana Snapdragon 765G dan dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Sistem kamera adalah 48MP (utama) + 8MP (sudut ultra lebar) + 5MP (sensor kedalaman) + 2MP (makro) dan kamera swafoto adalah 32+2 Megapixel. Bateri yang diperlihatkan adalah 4115mAh dan menggunakan Warp Charge 30T, sistem sekuriti cap jari bawah skrin, 5G dan tiga pilihan warna – Blue Marble, Grey Onyx, Gray Ash.

Sensor kamera yang digunakan adalah dari Sony IMX 586. Harga jualan pula dikatakan adalah setaraf iPhone SE 2020, namun masih tidak pasti lagi. Apa yang pasti, peranti ini akan mula dijual di Malaysia dalam masa terdekat kerana – Instagram OnePlus Nord Malaysia telah mengacah yang peranti itu sudah ada di sini. Mungkin untuk pendaftaran SIRIM? Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN