Carian
Google Play Protect Menghalang Pemasangan APK AnTuTu
July 10, 2020 Fahim Zahar

AnTuTu Benchmark adalah aplikasi menilai tanda aras popular untuk telefon pintar. Mana-mana telefon pintar yang diulas di Amanz pasti akan menggunakan AnTuTu. Namun sayang sekali, aplikasi ini sudah dibuang di Play Store atas alasan mencuri data pengguna dan sangat bahaya kerana mempunyai kaitan dengan Cheetah Mobile iaitu dalang sebenar. AnTuTu pernah mengeluarkan kenyataan yang, semuanya adalah kerana Cheetah Mobile melabur ke mereka dan aplikasi mereka tiada kaitan dengan Cheetah.

Dalam memastikan data pengguna terus terlindung, kini selain tidak menawarkannya melalui Google Play Store, Google juga kini menghalang pemasangan APK untuk aplikasi ini. Google memberi amaran yang aplikasi ini akan mengambil data pengguna. Manakala bagi pengguna Titan Security atau yang mendaftarkan diri dalam Advanced Protection Program – APK tidak boleh dipasang langsung.

Langkah ini dilakukan oleh Google untuk memastikan pengguna terus terlindung daripada aplikasi pihak ketiga yang berbahaya dan berpotensi mencuri data dan sebagainya. Bagi anda sendiri, adakah anda terus yakin dengan AnTuTu?

Komen