Carian
Penghantaran Global Sektor PC Dikatakan Meningkat Pada Suku Kedua Pada Tahun Ini
July 10, 2020 Nazrin

Pada awal tahun ini, ia telah dilaporkan bahawa segmen komputer PC telah merudum akibat wabak COVID-19 yang membelenggu pelbagai sektor perdagangan dunia dengan mendadak.

Walaupun begitu, suku kedua memperlihatkan peningkatan ketara dari segi penghantaran komputer di seluruh dunia kerana keperluan pelbagai pekerja untuk bekerja dari rumah.

Gartner dan IDC baru-baru ini telah mengeluarkan laporan yang memperlihatkan peningkatan kepada kadar penghantaran global komputer sebanyak 2.8 peratus (64.8 juta unit) dan 11.2 peratus (72.3 juta unit) dari tahun ke tahun.

Linn Huang, timbalan presiden penyelidikan IDC mengatakan bahawa peningkatan ini akan terus bersambung pada suku ketiga. Walaupun begitu, ia tidak akan berterusan kerana wabak COVID-19 yang masih membelenggu banyak negara-negara di seluruh dunia.

Tiga syarikat PC yang dikatakan Gartner dan IDC memasarkan komputer yang terbanyak termasuklah HP, Lenovo dan juga Dell.

Komen