Cari @ Amanz

AirDrop adalah perkhdimatan perkongsian fail dari Apple yang memudahkan pengguna. Alternatif untuk Android pula adalah aplikasi seperti ShareIt, Files Go, Send Anywhere dan banyak lagi – tetapi ia tidak begitu baik dan tidak mempunyai prestasi yang konsisten. Oleh yang demikian, Google hadir dengan Nearby Share. Ia adalah klon AirDrop untuk Android.

Nearby Share sudah diperlihatkan sejak tahun lepas lagi, dan ia mula diuji pada minggu lepas melalui kemaskini beta Google Play Services. Terkini, ia dilihat sudah muncul dalam peranti Pixel yang menjalankan Google Play Services versi stabil. Jadi, jelas di sini yang Google mengujinya secara dari bahagian pelayan. Buat masa ini, ia dilihat hanya terdapat pada Pixel sahaja. Tetapi Google berhasrat untuk edarkan fungsi ini kepada semua pengguna Android 6.0 ke atas. Jadi, selepas ia stabil akan datang – ia akan diedarkan kepada semua pengguna Android dan tidak terhad kepada Pixel sahaja. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd