Cari @ Amanz

Xiaomi Malaysia melalui laman sosial kini telah mula mengacah pelancaran sejumlah produk baru dibawah ekosistem mereka pada 15 Julai kelak. Memandangkan Xiaomi Malaysia sendiri mengacahnya melalui profil mereka, maka kita mungkin akan dapat melihat penawaran produk-produk ini untuk pasaran Malaysia juga.

Xiaomi Mi Ecosystem

Antara produk yang dijangka diperkenalkan adalah Mi Band 5 yang terbaru, selain turut dijangka hadir dengan skuter pintar, selain mungkin juga alat pengawal media.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 15 Julai ini apakah antara produk yang bakal dilancarkan, dan apakah kejutan yang disediakan Xiaomi untuk pasaran tempatan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd