PUBG Mobile World League Ditangguhkan Kerana Masalah Mengaksesnya Melalui iOS

PUBG Mobile World League Ditangguhkan Kerana Masalah Mengaksesnya Melalui iOS

Diterbitkan pada July 10, 2020 oleh .

Sejumlah aplikasi iOS menghadapi untuk diakses disebabkan oleh pepijat pada integrasi Facebook. Hal ini turut menyebabkan permua seperti PUBG Mobile tidak dapat dimainkan.

PUBG Mobile League

Disebabkan olehnya juga, PUBG Mobile World League Season Zero yang berlangsung hari ini telah ditangguhkan.


Melalui penstriman langsung, pihak penganjurnya mengatakan PUBG Mobile World League Season Zero ini ditangguhkan dan akan kembali esok.

Dengan penggunaan meluas peranti mudah-alih, apabila sesuatu masalah melibatkan aplikasi berlaku, kini ia bukan sahaja membuatkan pengguna tidak boleh mengakses sesuatu aplikasi – tetapi kejohanan dan pertandingan juga terpaksa ditangguhkan.

Bagi anda, adakah anda masih menghadapi masalah untuk mengakses aplikasi melalui iPhone atau iPad anda?



Paling Popular