Carian
Kesemua Anggota Dan Kereta Peronda PDRM Kelak Akan Dilengkapi Kamera
July 13, 2020 Effi Saharudin

Penggunaan kamera pada tubuh anggota dan kereta peronda polis adalah perkara lazim di negara-negara maju. Malah di rantau Asia Tenggara, penggunaan kamera pada tubuh anggota polis Singapura sejak 2015 lagi bagi tujuan merakam bukti jenayah. Malaysia juga kelak akan mengikuti langkah negara-negara maju dengan penggunaan kamera yang sama oleh PDRM.

Ini diumumkan oleh Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador hari ini. Dengan wujudnya kamera, kesemua interaksi anggota dengan orang akan dirakam. Beliau turut menambah PDRM akan menggunakan alat renjatan elektrik atau lebih dikenali sebagai taser untuk menangani individu yang agresif. Ini pula akan mengelakkan penggunaan senjata api dalam situasi individu amuk ataupun khayal dadah sehingga boleh menyebabkan kematian.

Penggunaan kamera tubuh dan taser pertama kali diumumkan oleh pihak PDRM pada tahun 2015. Tetapi nampaknya pengenalannya kepada anggota PDRM secara menyeluruh hanya dapat dilakukan tahun ini.

Komen