Cari @ Amanz

Dalam diam-diam, sebuah peranti misteri Nokia telah ditemui di laman penanda aras Gekkbench. Ura-ura mengatakan ia berkemungkinan akan dilancarkan sebagai Nokia 2.4 yang merupakan sebuah lagi peranti kelas permulaan terbaru daripada Nokia.

Tidak banyak maklumat berkaitan spesifikasi peranti yang ditemui. Sebaliknya, penyenaraian hanya memperlihatkan peranti ini mungkin menggunakan pemproses MediaTek Helio P22 (berdasarkan kod nama ARM MT6762V / WB), memori 2GB RAM dan perisian berasaskan Android 10 terkini. Senarai juga menunjukkan peranti ini berjaya menjaringkan sebanyak 136 mata untuk ujian satu teras dan 497 mata pula untuk ujian pelbagai teras.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd