Foxconn Melabur $1 Bilion Di India Bagi Meningkat Pengeluaran iPhone

Foxconn Melabur $1 Bilion Di India Bagi Meningkat Pengeluaran iPhone

Diterbitkan pada July 13, 2020 oleh .

Perang perdagangan diantara China dan India berlaku kerana kedua-dua negara tidak bersetuju dengan tarif yang dikenakan ke atas produk yang diimport dari China. Pentadbiran Presiden Trump mahu meningkatkan tarif tetapi China tidak bersetuju kerana akan meningkatkan kos produk. Kerana isu ini masih nampaknya masih belum bertebing, beberapa syarikat besar mula mengambil langkah awal memindahkan pengeluaran produk untuk pasaran A.S keluar dari China.

Menurut laporan Reuters, Foxconn yang mengilangkan iPhone di India melabur $1 bilion (~RM 4.4 nilion) bagi meningkatkan pengeluar di negara tersebut. Pada waktu ini kilang di India telah digunakan untuk mengeluarkan peranti mampu milik seperti iPhone XR. India menjadi pilihan kerana bukan sahaja dapat mengelakkan kadar tarif yang tinggi tetapi juga kerana dapat mengurangkan harga jualan di India. Selain ini kos buruh yang lebih rendah juga menjadi penyebab mengapa memindahkan pengilangan ke India adalah menarik bagi pengeluar.



Paling Popular