Apakah inovasi seterusnya dalam dunia telefon pintar selepas penta-kamera dan skrin boleh lipat? Jika paten Xioami boleh dijadikan petanda, ia mungkin penggunaan dwi-skrin pada peranti yang dipadankan dengan satu lensa kamera bersaiz gergasi.
Paten di atas telah difaillkan oleh Xiaomi menerusi laman harta intelek China CNIPA. Peranti mempunyai skrin pad bahagian depan dan belakang sama seperti yang digunakan pada Mi MIX Alpha. Satu-satunya kamera pada bahagian belakang dilengkapi sistem zum seperti yang ditemui pada kamera digital dan Galaxy S4 Zoom tujuh tahun yang lalu. Maka paten ini menggabungkan teknologi baharu dengan teknologi lama yang telah terbukti berfungsi dengan baik.
Kewujudan paten tidak bermakna ia akan menjadi realiti dalam masa terdekat. Dengan pengguna yang sekarang ingin kamera dengan multi kegunaan, kami tidak yakin penggunaan satu kamera sahaja ialah pilihan yang baik pada waktu ini.