Cari @ Amanz

Beberapa minggu yang lalu, Lenovo Malaysia telah memperkenalkan beberapa model komputer riba gaming Legion untuk pasaran tempatan, termasuklah Legion 5i.

Terkini, Lenovo Malaysia akan memperkenalkan promosi untuk model Legion 5i dimana pengguna boleh menebus barang-barang percuma dengan setiap pembelian komputer riba tersebut.

Pelanggan yang membeli sebuah komputer riba Legion 5i dari 1 Ogos hingga 30 September boleh ke laman web ini untuk menebus hadiah-hadiah percuma yang cukup bernilai.

Diantara produk-produk yang boleh ditebus termasuklah sebuah Legion Gaming Backpack, tetikus Legion M200 ataupun Legion M500, fon kepala Legion H500 dan kupon Steam Wallet bernilai RM100.

Secara keseluruhan, pengguna boleh menerima aksesori dan kod permainan video yang mempunyai nilai setinggi RM1037 bergantung kepada model komputer riba yang dibeli.

Sebarang penebusan juga harus dilengkapkan pada atau sebelum 14 Oktober 2020.

Model-model Legion 5i yang layak ditebus untuk mendapatkan hadiah-hadiah ini termasuklah:

  • Legion 5i 15IMH05 (82AU006NMJ) – RM4199
  • Legion 5i 15IMH05 (82AU006PMJ) – RM5199
  • Legion 5i 15IMH05H (81Y6007VMJ) – RM5599
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd